Tuesday 15 December 2015

AHLAN WA SAHLAN, SELAMAT DATANG KE BLOG UNIT KAUNSELING DAN KERJAYA SMPAPHM



Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang melawat blog ini. Blog ini dibina atas dasar ingin mengongsikan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna. Semoga ianya memberi manfaat kepada semua.

Adapun tujuan blog ini dibina merupakan perkongsian saya sebagai Kaunselor Sekolah ini tentang program-program dan aktiviti-aktiviti yang telah dapat dilaksanakan semenjak saya berpindah ke sekolah ini pada awal tahun 2015. Sebelum ini saya merupakan seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah Pantai Berakas, ABDB. Sila lawati blog Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini ke alamat www.bksrpb2a.blogspot.com untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Walaubagaimanapun blog ini telah lama tidak di kemas kini sejak dari pertengahan tahun 2013-2014 kerana saya telah pun menyambung pengajian saya ke Universiti Brunei Darussalam di dalam bidang Sarjana Kaunseling.

Di dalam blog ini nanti, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan pada tahun 2015 kebanyakkannya mengambil tempat di tapak lama Sekolah Menengah PAP Hajah Masna, Kg Lambak Kanan sebelum sekolah ini berpindah ke tempat baru iaitu di Kg Sg Akar.

Sedikit latar belakang mengenai Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna. 

Sekolah ini telah berpindah dari tapak asalnya di Kg Lambak Kanan ke tempat tapak baru iaitu di Kg Sg Akar pada awal November 2015. Ini adalah disebabkan beberapa bangunan di kawasan sekolah sudah tidak selamat untuk digunakan dan akan dibaikpulih semula.



No comments:

Post a Comment